Friday, 8 July, 2011

Perasmian Anjung Ilmu SK Gemereh Segamat Johor


Majlis Perasmian Anjung Ilmu Tajaan Yayasan Pelajaran MARA untuk SK Gemereh Segamat Johor telah berlangsung pada 3 Julai 2011 (Ahad) telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua Pengarah MARA yang juga bekas pelajar SK Gemereh.

Anjung Ilmu terdiri daripada beberapa elemen alat bantu pelajaran seperti mini perpustakaan, komputer berinternet kelajuan tinggi dan e-blocks, suatu alatan bantu pelajaran baru untuk mempelajari bahasa inggeris bagi kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah yang didatangkan khas dari Brazil.

Majlis perasmian ini diadakan serentak dengan Majlis Sirih Pulang ke Gagang, Ketua Pengarah ke sekolah lamanya SK Gemereh. Majlis ini juga telah disiarkan secara langsung di internet melalui http://skgemereh.blogspot.com

0 comments: