Tajuk : Seperti yang tertera....
2 Mac 2006 : Kerajaan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam, dan memperuntukkan RM4.4 bilion yang "dijimatkan" dari subsidi minyak (memberi laluan kepada kenaikan harga minyak) untuk pembangunan sistem pengangkutan awam.
29 Ogos 2006 : TPM Najib (ketika itu) menjanjikan peruntukan RM10 bilion untuk pembangunan LRT di Lembah Klang dalam tempoh empat tahun selanjutnya.
22 Oktober 2008 : PM merangkap Menteri Kewangan Abdullah Ahmad Badawi (ketika itu, gambar kiri) dalam pembentangan Bajet 2009, memperuntukkan RM25 bilion untuk pembangunan sistem pengangkutan awam dalam jangka lima tahun.
4 November 2008 : Najib ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pertamanya, menjanjikan peruntukan RM 500 juta untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam dalam bandar yang utama di Malaysia.
19 december 2011 : Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan dana RM400 juta bagi menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti yang terjejas berikutan masalah kewangan untuk menjaga kepentingan rakyat yang bergantung kepada perkhidmatan awam berkenaan.
Perdana Menteri berkata, dana yang diluluskan itu akan diuruskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang akan mengagihkan RM100 juta pada suku pertama 2012, bagi membantu syarikat pengusaha bas meneruskan operasi.
“Untuk fasa pertama, dana bantuan ini akan digunakan bagi membantu syarikat bermasalah di Selangor diikuti negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Pahang.
No offense from my point of review...just baca, pikiaq and tengok apa hasilnya nanti..mungkin hasilnya masa negara kita dikatakan maju iaitu pada tahun 2020.....all the quotes ni disedut dari suratkhabar mainstream..
salam 1 Manchester...Go Go City and United....Europa League Here We come...Puiiiiii...
0 comments:
Post a Comment