BMW kaler pink no 3 ni area route sentul rasanya(tak ingat)
Bas Mini Wilayah (BMW) kaler pink no 20..legend bas ni..bas ni la menghubungkan aku yg merempat di Keramat untuk berulang-alik ke Pusat Tusyen Permata, SRA Tmn Keramat, Pasar Keramat, CM, Bangkok Bank Puduraya...kalau nak pegi Sg Wang bukit bintang lepak dgn budak2 BBGS naik no 16 di AU2...Tapi kalau nak jimat time tu baik naik bas Sri Jaya sbb tambang pakai baju sekolah 20sen je..Tengah pusing-pusing dalam alam maya ni terbaca plak artikel ni..
Cadangan Wujudkan Semula Perkhidmatan Bas Mini Dipertimbang:Jelaing
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menimbangkan keperluan untuk mewujudkan semula perkhidmatan bas mini di ibu negara sekiranya ia mampu memberi keselesaan kepada warga kota terutamanya pengguna perkhidmatan awam, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Rabu.
lepas baca tajuk terpacul la dari mulut ni WTF...dulu birokrat kata bas mini punca kesesakan di Kuala Lumpur..oleh yg demikian tamat la riwayat BMW kaler pink ni pada tahun 1998..Kini tahun 2011 semakin melabuhkan tirai dan tahun negara kita dikatakan MAJU GILER 2020 pun tinggal berapa tahun je lagi...Kuala Lumpur semakin sesak...dimana silap nya..??silap mana-mana kementerian kah? silap warga kota kah? silap pendatang asing kah? atau silap PKR/DAP/PAS..??
Meh baca analisis ni plak.aku amik sikit je.penah keluar Utusan rasanya tulisan Ku Seman ni..
BAS Mini disebut juga lipas kudung atau BMW (Bas Mini Wilayah) menghidupkan Kuala Lumpur pada awal 1980-an hingga 1998. Ketika itu jalan raya dikuasai oleh 1,200 bas mini milik 320 pengusaha yang menyediakan peluang pekerjaan kepada 7,000 pemandu dan konduktor.
Bas mini menjadi pilihan utama kerana tambangnya murah, pantas walaupun terpaksa berhimpit-himpit. Beberapa hentian seperti Bangkok Bank, Bus Stand Kelang, Kota Raya sangat dikenali oleh warga Kuala Lumpur.
Ketika itu Kuala Lumpur sudah sesak dengan kenderaan, terutama waktu puncak awal pagi dan lewat petang hingga malam. Bas mini adalah segala-galanya selain bas Tong Fong, Sri Jaya dan Selangor Omnibus. Selepas era bas mini yang dikatakan punca kesesakan, apa perubahan di Kuala Lumpur? Masih sesak malah lebih sesak. Jadi, di mana silapnya sistem pengangkutan awam kita?
Kini kesesakan di Kuala Lumpur mencapai ke tahap “gila”. Banyak pihak menyalahkan mereka yang tidak menggunakan pengangkutan awam. Meletakkan kesalahan kepada pemilik kenderaan tanpa melihat akar masalah bukan perkara baru.
Apa Masalahnya???Masalahnya adalah Pengangkutan Awam la kat KL ni yang macam lahanat. Bagi menyamai negara-negara "maju" lain kita pun buat la Sistem Transit Aliran Ringan...STAR LRT...Fine nak pegi stesen LRT ni sesapa ada kereta boleh la drive ke stesen-stesen LRT berhampiran..persoalannya ada parking ke kt stesen LRT tu..??cukup ke parking kat situ...bayangkan 1 stesen LRT cover 4-5 buah taman perumahan..maka keluar la idea bas pengantara...bapa kerap plak bas pengantara ni leh jalan...10 minit sekali 20 minit sekali cukup ke waktu puncak nak cater..so bila ditotalkan masa drive ke LRT, pusing cari parking, tunggu LRT dan perjalanan mungkin jadi sama macam memandu sendiri ke destinasi..
Tahun 99-2000 dulu stesen LRT Putra sangat efisien dgn bas pengantara yang mengikut jadual. lama kelamaan daripada 3 route jadi 2 route dan sekarang ni RapidKL take over depend la pada bas UTAMA atau TEMPATAN yang lalu kat kawasan tu..tiada lagi bas pengantara..RapidKL nye bas ni memeningkan gak...bulan ni lalu jalan ni...6 bulan lepas tu aku naik dah jd route baru plak..
p/s:Sekarang ni Sistem Transit Ringan LRT/Monorel semakin banyak perubahan..dan ada nampak usaha nya untuk mencapai satu sistem yang bagus..sepatutnya program extension line-line LRT/Monorel ni diteruskan ke kawasan-kawasan lain juga. KTMB jangan masuk ini cerita la sebab itu kompeni subsidiari kerajaan yang meniaga untuk rugi..
ayat/phrase yg bagus utk direnungkan oleh sesiapa yang berkenaan :
Di Kuala Lumpur bangunan pencakar langit lebih dahulu tumbuh sebelum sistem pengangkutan awam diperkasakan.
Salam 1 Manchester..United Didahulukan..Pencapaian City Diutamakan..


